Memandangkan saya akan menduduki peperiksaan Bahasa Melayu SPM pada pagi esok, hanya munasabah saya bercoret dalam bahasa tersebut pada saat ini. Tiada setitik kegentingan pun di penjuru sanubariku (okei, saya mungkin melebih-lebihkan ) seperti kawan-kawanku yang begitu gementar dan merasakan keperluan yang teramat untuk melafazkan kecemasan mereka di Twitter. Walaupun begitu, hal itu cukup untuk merunsingkan fikiran saya.
Heh, saya bergurau je. Saya masih tidak merasai apa-apa. Mungkin apa-apa tekanan yang masih terhinggap di celah-celah hati saya saya rasa sebelum ini telah hilang ditelan pembersihan bilik saya tergesa-gesa pada pukul satu pagi ini.
Chua: A logistical nightmare to vote from overseas
Saya tidak memahami mengapa mereka masih ingin menerbitkan pernyataan-pernyataannya yang menyerupai jenaka itu. Saya sudah muak dengan nya yang tidak masuk akal. Bukankah warganegara Malaysia yang kini menetap di luar negara boleh mengundi dalam pilihan raya umum? Jadi setiap kali kita mengendalikan pilihan raya umum, SPR telah mencapai kejayaan yang begitu monumental, kan?
Saya setuju dengan penyeruan Ambiga bahawa setiap orang yang memiliki kewarganegaraan berhak mengundi walau di mana pun mereka berada dan kita tidak patut merampas hak ini daripada mereka. Malah saya berpendapat bahawa masalah ini harus diperlihat sebagai satu cara untuk memantapkan lagi sistem pengundian negara kita. Kenapalah kita mesti bersikap negatif terhadapnya apabila hal ini merupakan peluang kita untuk memajukan negara kita lagi?
Ada kalanya saya berasa begitu kecil hati terhadap matlamat dan wawasan yang telah saya putuskan untuk masa depan saya. Ada kalanya saya ingin berputus asa dan tak sanggup meneruskan perjuangan ni. Adakah saya mampu mengubah keadaan yang membelenggu kita pada masa ini? Tapi bila saya saksikan apa yang mereka sanggup lakukan, saya rasa semuanya berbaloi. Mungkin bilangan kecil ahli politik ini tidak boleh mengambil alih pentadbiran seluruh negara (seperti yang kita harapkan ni) tetapi mereka masih menabur segala tenaga mereka untuk meningkatan kualiti hidup kita. Walaupun usaha mereka kelihatan sedikit sahaja, mereka masih mampu mengubah keadaan rakyat bagai peribahasa yang berbunyi Apabila saya menyedari hakikat itu - pada masa itulah yang saya berasa bangga memiliki cita-cita begitu, walaupun saya tahu bahawa saya tidak bolehlah begitu yakin dan perlu berkerja sampai mati untuk sampai ke tahap yang diingini, bak kata pepatah pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.
Yang kecil jangan disangka anak, yang besar jangan disangka bapa. Tunggulah saya.
Saya tidak akan menjemukan kamu lagi dengan catatan saya yang cacat ini (kalau kamu tidak berpendapat begitu, keajaiban itu hanya disebabkan saya disambung kepada alat sihir saya, Google Translate), tetapi lebih baik kamu membaca tulisan saya daripada mendengar saya bertutur,
slang saya teruk sekali.